Thursday 8 December 2011

PERKEMBANGAN CORAK PETEMPATAN MANUSIA

Sejarah telah membuktikan bahawa manusia mula menduduki gua sebagai tempat berlindung semasa petempatan awal. Akibat perubahan zaman, manusia telah mempelbagaikan jenis petempatan mereka. Di samping itu, faktor luaran juga menyumbang kepada reka bentuk dan jenis rumah di negara kita.

Anda perlu menghargai rumah sebagai tempat tinggal dan menjadikan rumah sebagai "RUMAHKU SYURGAKU".   

Anda juga perlu menjadikan rumah sebagai satu tempat istimewa dalam kehidupan.  

SEJARAH AWAL PETEMPATAN MANUSIA

Dimanakah manusia zaman dahulu tinggal???? 

Pada zaman dahulu, manusia hidup secara nomad . Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan. Petempatan awal mereka ialah gua, kawasan lapang dan di tepi sungai atau tasik.

GUA

Pada peringkat awal, manusia telah memilih persekitaran gua sebagai tempat tinggal. Petempatan ini sesuai kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber makanan.

contoh : Gua Niah ,Sarawak
KAWASAN LAPANG

Manusia zaman dahulu juga tinggal di kawasan lapang. Mereka mula bercucuk tanam. Mereka juga masih berburu binatang. Mereka telah membina pondok-pondok sebagai tempat tinggal yang diperbuat daripada batang dan daun-daun pokok.

PINGGIRAN SUNGAI ATAU TASIK

Selain persekitaran gua dan tanah lapang, petempatan awal manusia ialah di pinggiran sungai atau tasik. Mereka boleh mendapatkan sumber air. Selain berburu binatang dan memungut pucuk-pucuk daun, mereka dapat menangkap ikan.
 
 

No comments:

Post a Comment